Mengenai Kebenaran Perancangan

Kebenaran Perancangan adalah satu proses permohonan yang mesti dilaksanakan bagi  setiap kemajuan di Negara Brunei Darussalam. Perkara ini adalah bagi memastikan:

1. Kesemua cadangan kegunaan tanah lot bersesuaian dengan kawasan sekelilingnya;

2. Cadangan kemajuan selaras mengikut Syarat Khas Tanah, dasar dan zon perancangan (zoning) terutama dari segi jenis kegiatan, kepadatan, nisbah plot, saiz kemajuan, susun atur, kedudukan dan rupabentuk luaran bangunan;

3.  Kesesuaian cadangan jalan laluan, lanskap dan kawasan keluar masuk (point of access) kemajuan yang dirancangkan;

4. Memastikan tidak ada impak negatif dari cadangan kemajuan kepada persekitaran;

5.   Kedayatahanan dan kewujudan infrastruktur dan kemudahan asas yang diperlukan untuk kemajuan yang dirancangkan seperti jalan, pembetungan dan perparitan, bekalan air dan tenaga.

Perkara ini adalah perlu untuk mendapatkan persekitaran yang terjamin dan berdayatahan dalam mengambil kira:

1.    Kesan atau impak sesuatu kemajuan tidak akan merosakkan persekitarannya.

2.   Kesan kemajuan tidak akan menjejaskan keselesaan dan keselamatan penduduk setempat.

3.   Cadangan perlindungan dan pemeliharaan terhadap ciri-ciri alam semula jadi (natural features) yang signifikan.

4.   Pengindahan, penghijauan dan pembaikan kawasan sekitarnya seperti penanaman landskap.

5.   Kapasiti infrastruktur dan kemudahan asas sedia ada seperti jalan laluan, pembetungan, sistem perparitan, bekalan air dan tenaga.

6.   Kawasan-kawasan Sensitif alam sekitar seperti kawasan dataran tinggi, kawasan bakau, kawasan paya tidak akan terjejas teruk akibat sesuatu kemajuan.

The Town and Country Planning Regulations 3:
Development and Use of Land and Buildings

Bab 3 di dalam peraturan ini menerangkan bahawa mana-mana kemajuan di Negara Brunei Darussalam hendaklah mendapatkan Kebenaran dari Pihak yang berkuasa terlebih dahulu. Kemajuan yang dimaksudkan adalah termasuk membangun, menambah, mengubah atau meroboh sesuatu kemajuan serta mengubah penggunaan bagi mana-mana bangunan atau tanah.

Bab 4 (1) di dalam Peraturan ini menerangkan jenis-jenis dokumen dan pelan yang dikehendaki untuk dihadapkan ke Jabatan Perancang Bandar dan Desa bagi permohonan  mendapatkan Kebenaran Perancangan (KP). 

Makna Garis bangunan (building lines) iaitu jarak minima di antara bangunan atau cadangan bangunan dengan sempadan tanah dan di antara sebuah bangunan atau cadangan bangunan dengan bangunan bangunan lain diterangkan di dalam Bab 2 di dalam peraturan ini.

Maklumat Kebenaran Perancangan

Jenis Permohonan
  • Pembangunan baru
  • Ubahsuai / tambahan bangunan
  • Perubahan pada pelan diluluskan
Permohonan yang memerlukan Ulasan / Kebenaran Perancangan

1. Membina bangunan baru [perumahan, perniagaan, perusahaan, rumah pekerja dan lain-lain]

2. Tambahan dan Ubahsuai bangunan melibatkan Parameter Perancangan*

3. Perubahan pada Pelan diluluskan melibatkan Parameter Perancangan*

4. Contoh Jenis Permohonan Tambahan dan Perubahan Pada Pelan yang melibatkan parameter perancangan* yang masih memerlukan Kebenaran Perancangan, tekan sini.

Permohonan yang tidak memerlukan Ulasan / Kebenaran Perancangan terus ke Abci
  • Tambahan dan Ubahsuai, Selepas OP dikeluarkan
    Tidak melibatkan pengurangan kawasan hijau (10%)
    Tidak melibatkan perubahan bentuk asal RPN [dapatkan pengesahan HDD bagi perubahan]
    Tidak melebihi had ketinggian, kedalaman dan panjang yang dibenarakan di dalam Kebenaran Perancangan.
    Tidak melibatkan pengurangan petak letak yang dibenarkan di dalam Kebenaran Perancangan.
    Tambahan Awning yang tidak melibatkan Garis Bangunan tetapi melebihi 1.8 meter
    [hanya Pengesahan Jabatan Bomba dan Penyelamat diperlukan]
  • Perubahan pada Pelan yang Diluluskan, Pre-OP
    1 Perubahan pada bangunan contoh kedudukan jendela, pintu, rekabentuk atap
    2 Perubahan dalaman yang tidak melibatkan tambahan Keluasan Lantai (Total Permissable Floor Area) [contoh mengubah layout dalaman]
    3 Perubahan hanya melibatkan agensi berkenaan seperti jalan, saliran, longkang tanpa melibatkan perubahan parameter perancangan
    4 Tambahan struktur tidak berdinding yang tidak melibatkan had garis bangunan yang dibenarkan dalam Kebenaran Perancangan
    5 Tambahan bagi pembinaan pagar, hendaklah dipastikan had ketinggian tidak melebihi 1.8 meter, tidak mengubah kedudukan batu sempadan dan pembukaan sekurang-kurangnya 50% dari keluasan dinding [kecuali kawasan RPN perlu merujuk Jabatan Kemajuan Perumahan]
    6 Perubahan susun atur petak kenderaan tanpa menjejaskan jumlah yang diluluskan di dalam Kebenaran dan pelan asal
    7 Perubahan kedudukan lanskap tanpa menjejaskan jumlah yang diluluskan di dalam Kebenaran Perancangan dan pelan asal
Siapa yang memohonkan KP

Qualified Person (QP)

RBD

  • Satu unit perumahan (tidak melebihi dua tingkat, tidak melebihi 300 meter per segi)
  • Satu unit tambahan and ubahsuai perumahan (tidak melebihi dua tingkat, tidak melebihi 300 meter per segi)
  • Link to BAPEQS : https://www.bapeqs.gov.bn
Tatacara Proses Permohonan KP

 

Sistem atas talian

1. Sistem e-Kebenaran Perancaangan

  • Latar Belakang Sistem eKP Memudahkan Pihak yang Layak (Qualified Person), Tukang Pelan Berdaftar (Registered Building Draughtsman), untuk menghadapkan permohonan Kebenaran Perancangan Secara atas Talian Versi Pertama digunapakai pada tahun 2016 Versi Kedua dinaiktaraf dan digunapakai pada tahun 2017 Versi Ketiga dirancangkan untuk digunapakai pada tahun ini iaitu 2024.
  • http://www.tcp.gov.bn/e-planningpermission/output/login.php

2. e-System of Status

TPOR

14 Hari Bekerja

Muat turun borang Kebenaran Perancangan